Pereka Web Bebas | Freelance Web Designer
Sejak Tahun 2008
Internet kini boleh diakses oleh sesiapa dan dimana sahaja. Oleh sebab itu, bagi peniaga yang bijak, mereka akan menggunakan sebaik mungkin medium teknologi dengan platform laman web bagi menguasai pasaran tanpa had dan secara global.
Impak maksimum dalam perniagaan kerana boleh diakses 24/7/365 ke peringkat global. Mempunyai laman web adalah sama dengan mempunyai seorang pekerja yang bekerja sepanjang masa – walaupun hujung minggu dan di hari cuti. Maklumat perniagaan anda tersedia di internet sepanjang masa.
Dengan laman web yang dimiliki secara tidak langsung akan meningkatkan tanggapan yang positif dan sekaligus membina kredibiliti perniagaan anda. Laman web anda akan memberikan tanggapan pertama (first impression) dalam membina keyakinan bakal pelanggan anda untuk berurusniaga dengan anda
Trend terkini menunjukkan ramai pengguna internet lebih suka mencari maklumat diatas talian, terutamanya melalui peranti mudah alih. Info perniagaan anda perlu berada di hujung jari mereka apabila mereka mencari didalam sebarang enjin carian. Enjin carian akan memaparkan maklumat laman web terlebih dahulu berbanding media sosial.
Dengan laman web memudahkan pelanggan mencari anda. Laman web memberikan anda peluang untuk mendapat lebih banyak pelanggan atau pelanggan setia. Pelanggan lebih selesa apabila mereka tahu dimana boleh mendapatkan maklumat perniagaan anda sepanjang masa.
Mungkin bagi anda,platform Media Sosial sudah memadai untuk mempromosikan perniagaan anda. Anda sebenarnya masih menumpang di “tapak” orang lain dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Bagaimana sekiranya Media Sosial bisnes anda tiba-tiba sahaja dipadam atau disekat?
Dengan pengalaman saya sebagai Pereka Laman Web Bebas Profesional sejak tahun 2008, saya telah mambantu ramai usahawan dari pelbagai peringkat perniagaan samada kecil, sederhana mahupun yang besar dalam merealisasikan keperluan laman web mereka.